Saturday, February 2, 2008

Ubah Pradigma Terhadap Makanan Segera dan Ringan

Apalah erti kebebasan, kemerdekaan serta kemakmuran tetapi semakin hari bertambah ramai rakyat yang mengalami penyakit-penyakit serius.

Apalah guna meningkatkan teknik dan kepakaran pembedahan, pertambahan bangunan-bangunan hospital sekaligus pertambahan pakar-pakar profesional tetapi usaha berkempen menyedarkan masyarakat betapa penting pencegahan dari penyakit sekadar usaha bagai melepaskan batuk di tangga.

Nutrisi (nutrition) koncensional tetapi masih dibelengu dengan kefahaman tahap lama sekadar mengetahui mengaplikasi kategori makanan dan jumlah kalori makanan.. Hingga terdengar ada yang mengatakan mi segera yang ditambah sayur, daging atau telur menjadikannya makanan seimbang.

Ramai rakyat setuju dengan kehadiran makanan segera seperti burger dan kentang goreng terutama kepada mereka yang sibuk bekerja dan pulang lewat. Mungkin terdapat pakar nutrisi yang mengatakan burger yang ditambah sayur adalah makanan seimbang.

Ia adalah hasil semata-mata melihat makanan dari sudut kategori dan kalori. Makanan-makanan segera dan makanan/minuman ringan adalah hasil modenisasi dan westernisasi. Kuasa membeli yang semakin meningkat membuka peluang kepada pengusaha tempatan, francaisi mahu pun pengusaha luar negara menjalankan perniagaan mempromosi barangan berasaskan makanan terproses.

Itulah sebabnya dari hari ke hari makanan-makanan segera dan ringan tumbuh bagai cendawan. Ia mudah didapati dipelbagai tempat samada di kedai-kedai runcit, pasaraya-pasaraya, pasar-pasar hiper serta restoren-restoren. Ia juga mudah didapati di kantin-kantin pejabat, hospital dan sekolah.

Kentang goreng bukanlah makanan ruji di Malaysia beberapa dekad dahulu. Ia sendiri selain buger bukan makanan ruji di kebanyakan negara-negara barat. Ia menjadi makanan utama seja bermula revolusi pertanian pada awal abad ke 20.

Hari ini ia bukan sahaja menjadi makanan pilihan ketika hujung minggu malah sesetengah keluarga menyimpan stok kentang goreng dan burger sejuk beku yang mudah disediakan. Sesetengah kanak-kanak atau remaja malahan golongan dewasa dalam keluarga mungkin mengambil makanan-makanan tersebut sehingga 4-5kali dalam seminggu.

Kalau di restoren-restoren francaisi, hidangan makanan segera seperti buger dan hotdog biasanya dilengkapi dengan air bergas yang bukan kepalang manisnya. Hanya beberapa peratusan kecil pengunjung yang mungkin mengalami paras gula tinggi atau mempunyai kesedaran mengenai bahaya air manis memesan air galian.

Apakah cara supaya seseorang boleh mengurang/memberhentikan pengambilan makanan-makanan tersebut? Sekali imbas ia adalah suatu usaha yang sukar kerana ramai orang yang tidak selesa apabila seseorang sentuh mengenai pemakanan mereka. Ramai juga yang beranggapan bahawa mereka berduit makan suka hatilah apa mereka nak beli dan makan.

Sesetengah orang beranggapan mereka akan kempunan jika tidak merasai nikmat dunia termasuk melahap pelbagai jenis makanan yang terlintas di hati. Sesetengah yang lain mempunyai pola berfikir yang sukar dipecahkan. Pola berfikir terbentuk antara lain daripada kebiasaan melakukan sesuatu perkara dan selesa untuk terus percaya kepada sesetengah penerangan.

Seperti yang dinyatakan tadi kalau pakat diet atau nutrisi sendiri menyatakan bahawa mi segera akan menjadi seimbang jika ditambah bahan-bahan bernutrisi sudah pasti ramai yang mengambil subjek asal dalam isu tersebut iaitu mi segera adalah selamat dimakan.

Tanpa kepafahaman mengenai bahaya-bahaya yang terdapat dalam makanan-makanan segera dan ringan mereka terus-menerus makan mi segera. Pada waktu lain mereka makan sayur-sayuran dan makanan-makanan bernutrisi bertujuan menuju matlamat ‘keseimbangan’yang disebut oleh pakar nutrisi tersebut.

Mungkin yang dimaksudkan oleh pakar diet tersebut adalah sebagai langkah kesederhanaan dalam menanggapi isu makanan segera dan ringan yang terus-menerus jadi polemik tetapi kenyataan demi kenyataan meng’halal’kan makanan segera menjadi pola atau bentuk berfikir dalam diri seseorang.

Sesungguhnya makanan-makanan segera dan ringan boleh dikatakan setiap satu jenis mengandungi keburukan. Ramai orang mengetahui keburukannya tetapi mereka terus mengambilnya kerana ia jarang-jarang memberi kesihatan negatif dan serius secara pantas.

Makanan-makanan dan mimuman-minuman manis menjadikan seseorang ketagih sebagaimana mereka boleh ketagih kerana alkohol dan rokok. Itulah sebabnya mereka yang ketagihkan gula akan merasa letih, kurang fokus, sakit kepala, mudah resah dan marah-marah sekiranya mereka tidak mengambil makanan atau minuman bergula secara tetap sebelum atau pada waktunya.

Pelbagai kajian mennjukkan remaja-remaja yang mengalami masalah sosial seperti kegasanan dan membubuh dikaitkan dengan kebiasaan pengambilan gula yang tinggi. Masalah hiperaktiviti pada kanak-kanak juga selain pengambilan makanan-makanan terproses yang mengandungi aditif ia juga dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan.

Kebanyakan burger, hotdog atau salami (berbentuk bulat selinder panjang seperti hotdog, hirisan digunakan pada pizza) dibubuh bahan awet berbahaya seperti natrium nitrit. Di dalam tubuh ia membentuk nitrosamines yang dikatakan sebagai penyebab kanser.

Terdapat pelagai makanan boleh menutralisa kimia nitrit seperti bawang dan bawang putih dan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kebanyakan individu yang menjadikan makanan segera sebagai makan ruji jarang-jarang mengambilnya.

Apa jadi jika cadangkan makanlah burger dan hotdog kerana ia boleh ditawarkan dengan sayur-sayuran? Dalam alam bawah sedar mereka hanya memprogram perkataan burger atau hotdog sebagai makanan yang boleh dimakan. Samada mereka akan makan sayur-saryuan dan buah-buahan selepas itu adalah soal lain.

Kentang goreng biasanya disalut dikilang dengan lemak terhidrogenasi. Warnanya tidak dapat dikesan kerana lemak terhidrogenasi khusus untuk pengilangan makanan biasanya tidak berwarna. Kentang-kentang goreng sejuk beku biasanya disalut dengan lelemak terhidgogenasi dari jenis lelemak tak tepu omega-6 seperti minyak jagung, kacang soya, canola atau bunga matahari bertujuan menjadikan ia tahan lama dan lebih berperisa.

Lelemak terhidrogenasi juga didapati dalam mayones, kek, biskut kering atau basah, dan aiskerim. Kebanyakan lelemak terhidrogenasi mengandungi lemak trans yang walau pada kuantiti yang sedikit dikatakan mengganggu fungsi biokimia tubuh.

Penggunaan jangka panjang lelemak yang disebutkan mengganggu fungsi membran sel termasuk mengganggu pelbagai jenis reseptor yang terletak pada membran-membran sel. Oleh itu seseorang lebih mudah mendapat penyakit dan sekiranya berpenyakit, penyakitkanya akan sukar reda apatah lagi untuk sembuh.

Penggorengan ayam dan kentang secara terendam lama, pada suhu tinggi dan minayk digunakan secara berulang-ulang menghasilkan bahan-bahan radikal bebas seperti polycylic aromatic hydrocarbons. Kentang goreng pula menghasilkan acryl amides. Kedua-dua kelumpuk kimia organan yang disebutkan adalah pencetuss radikal bebas yang buruk dalam tubuh dan dikaitkan dengan pembentukan kanser.

Kita kaya dengan ilmu, murah rezeki tetapi mengapa harus kita alpa atau mengabaikan pola berfikir termasuk pola pemakanan kita? Antara lain puncanya ialah kita meletakkan tanggungjawab penjagaan kesihatan kepada orang lain seperti doktor dan pegawai-pegawai kesihatan.

Apabila sakit kita pergi menemui mereka dan mereka akan menasihati kita cara mereka sambil memberikan ubat untuk meredakan simtom. Jika kita sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak bersikap begitu maka kuah akan tumpah ke nasi. Sikap kita menjadi sikap anak-anak. Sikap anak-anak membentuk sikap-sikap generasi-generasi yang menyusul kemudian.

Mengubah paradigma atau pola berfikir dapat membentuk cara berfikir dan bertindak yang baru. Mengambil inisiatif untuk mengambil berat dalam teknik-teknik pencegahan dan pemuliharaan kesihatan adalah memeritkan tetapi tidak mustahil.

Dalam ugama Islam Allah memerintahkan mengambil makanan yang ‘halalan thoyyiban’, iaitu makanan yang bukan sahaja halal tetapi baik. Sesesuatu yang memudharatkan ialah lawan kepada baik. Oleh itu walau bahan-bahan dan teknik penyediaan adalah halal dari segi Islam tetapi jika ia tidak baik untuk kesihatan dan kita ambil maka kita termasuk dalam kalangan mengamalkan perkara-perkara yang dibenci.

Kekerapan pengamalan perkara-perkara makruh menyebabkan seseorang mengambil sikap mudah terhadap pelbagai perkara termasuk sikap acuh tidak acuh mengenai pendidikan pemakanan yang benar-benar sihat.

Mengubah paradigma atau pola berfikir dapat membentuk cara berfikir dan bertindak yang baru. Mengambil inisiatif untuk mengambil berat dalam teknik-teknik pencegahan dan pemuliharaan kesihatan adalah memeritkan tetapi tidak mustahil.

Apabila anda terus sihat dengan pengamalan makanan yang benar-benar sihat anda boleh menjimatkan wang untuk keperluan perbelanjaan lain. Negara pula dapat mengurangkan kos perubatan dan perawatan berjuta-berjuta ringgit dan wang boleh disalurkan untuk keperluan-keperluan lain.

Herbalis Bahrain MH
http://www.artikelcikguherba1.blogspot.com/

No comments: